SUASANA
pagi yang selalu
ceria dan harmoni
bagi gadis genit
itu tiba-tiba bertukar
menjadi ‘ngeri’. Menyampah
betul. Dia tersilap
langkah meletakkan pasu
bunga di atas
tembok yang menjadi
sempadan kediamannya dengan
kediaman orang sebelah.
Sebenarnya bukan
salah dia pun.
Pasu itu yang
jatuh sendiri. Bukan
dia tolak
hingga jatuh sehinggakan
terkena aset berharga
jirannya itu sehingga
bercalar. Namun, kerana
jiran itu minta
ganti rugi dan
dia hanya menurut
walaupun dengan keadaan
terpaksa dia harus juga
rela hati. Lebih
tepat malas nak
ambil mood ‘taufan’
dengan jiran sengitnya
itu. Membazir air
liur je…
“Nah, ini
untuk awak hari
ini. Ingat, ini
yang terakhir. Tidak
ada esok, lusa,
tulat atau apa segala hari
untuk awak. Ish!” Ujar gadis seraya mengatur
langkah masuk ke
dalam rumah selepas
memberikan sesuatu yang
diletakkan di atas
tembok.
Sementara itu,
lelaki yang berdiri
di hadapan sesuatu
yang diletakkan di
atas tembok itu sambil mencebikkan
bibir. Nasiblah, ini
hutang yang kau
harus bayar sebab
rosakkan aset berharga
aku. Gumamnya dalam
hati.
Dengan senang
hati, dia mengambil
santapannya untuk pagi
itu serta beberapa
buah buku yang
selama ini dicarinya.
Buku free… dan ini
adalah buku yang
sudah lama dicarinya.
Dari mana gadis
itu dapat, dia
sendiri tidak tahu.
Lagi bagus tak
ambil tahu.
Tak
kuasa aku… Bebelnya
pula. Langkah diaturkan
masuk ke dalam
ruangan rumah.
“Seronok? Dapat
makanan dengan buku-buku
tu?” Kedengaran suara
itu sengaja menyindirnya.
Johan memandang
kakaknya yang sedang
duduk di sofa.
Eleh, nak menangkan
adik angkat yang
tidak diiktiraflah tu.
Madah, kalau pasal
minah tak berapa
betul tu… aku
yang kena marah. Tak
aci betul. Lagipun
betul apa tindakan
yang aku buat.
Orang rosakkan barang
aku, kena ganti
balik. Dan begitulah
sebaliknya.
“Apa
maksud akak ni?
Han buat semua
ni ada sebab…”
Johan meletakkan santapannya
di atas mela.
Buku pula dipegang
di tangan kirinya.
“Sebab apa?
Sebab pasu jatuh atas
kereta Han?”
“Iyalah… Apa lagi kalau
bukan pasal tu.
Habis calar balar
kereta orang…” Jawab
Johan.
“Pasu tu
jatuh sendiri kan...
Bukan dia yang
tolak…”
“Dan… pasu
tu pasu dia… So
salah siapa lagi,
kalau bukan dia.
Dia yang cerdik
sangat telah dekat atas tembok
tu apasal… dah tu
akak nak
salahkan orang pulak…
salahkan minah sengit
tu la…” Celah
Johan. Laju aje
bibir itu membela
dirinya.
“Ish
kamu tu… penatlah
cakap dengan Han
ni… Asyik nak
menang je,” Kak
Jiha memuncung. Geram
dengan adik lelakinya.
Macam nak cekik
aje. Tapi bagaimanapun,
itulah adik kesayangannya. Yang
selalu menjaganya, melindunginya… Alahai
adikku!
Johan ketawa
mengejek...
“Asyik nak
menang je… Penatlah…
Penatlah…” Bibir lelaki
itu mengejek lalu
kakinya pantai memijak
satu persatu anak
tangga. Lebih baik
lari, kalau tidak
nanti ada yang
kena… kena hempuk
dengan kakaknya.
“YOU
and you, Adi... tolong
keluar dari bilik
ni sekarang!” Arah
berbaur arahan dilontarkan
oleh Luna kepada
tiga orang pekerja
yang sedang duduk di dalam
bilik itu. Bibir merah
itu tersenyum simpul
ke arah mereka.
Masing-masing mencebikkan
bibir. Eleh Luna
ni macamlah dia
bos. Si Johan ni pun
satu, aku sekali
pun terjebak kena
halau dengan kutu
rayap ni. Bengkek
Adi dalam hati.
Dia
mencebikkan bibir ke
arah Luna. Luna
hanya menjeling ke
arah kawannya. Merajuklah
tu. Usik sikit
aje nak marah.
Lagipun aku datang
masa yang betul.
Lunch Time. Dia
ketawa kecil.
Gaun
kembang paras lutut di
tubuh diperbetulkan. Wajah
kacak Johan dipandang.
Ingin sahaja dia
membelai wajah kacak
Johan. Tetapi baru
ingin menyentuh Johan terus
menyinga
dengannya. Apa punya jenis lelakilah
langsung tak tergoda
dengan aku. Walhal aku
ni gadis paling
meletop dalam hidup
dia. Luna tersenyum
nakal. Kakinya mula
melangkah menghampiri lelaki
kacak itu.
“Johan... I have something for
you...” Lemah gemalai tubuh
itu apabila berjalan.
“Rasa macam
dekat luar Negara pulak.
Sejak bila kau jadi
minah salih celup
ni?” Soal Johan
dengan sisa ketawanya.
Melihat ketebalan mekap
di wajah Luna seperti menyerupai
badut sarkas. Amboi
kau Johan, kutuk kawan sendiri...
“Ish
menyampah you ni. I penat
tau datang sebab
nak kasi you rasa
resepi terbaru I ni...”
Ujar Luna. Lembut.
Walaupun Luna ini gedik
orangnya tetapi skill memasaknya
memang cukup hebat.
Cukup power. Tidak dapat
dinafikan lagi. Iyalah
ada café sendiri katakan.
“Yalah-yalah, aku
rasa,” ucap Johan telah melebarkan
senyuman di bibir
Luna.
Aku
suka... aku suka...
Getis Luna dalam
hati. Walaupun mengetahui
Johan jenis yang
kasar sejak kecil
tetapi dia tahu
Johan memang baik
orangnya. Hatinya cukup
tertawan.
“ I suap you,” Luna
membuka bekas makanan
itu perlahan. Bibir
merahnya sejak tadi tidak lepas menguntumkan senyuman.
“Tak
mahulah macam budak
kecil. Nanti si
Adi nampak, ada
pula nanti dia
‘bahankan’ aku,” Johan menolak.
“ Ala, you ni.” Luna memuncungkan
bibirnya. Kalau nak
diukur dengan muncung
itik, muncung Luna ini
lagi panjang.
Johan menyambung
kembali kerja yang
tergendala. Lantak kaulah
Luna. Dia menghembuskan
nafasnya perlahan.
“Okay,” Akhirnya
Luna membuat keputusan.
Dia menyerahkan
bekas itu. Lalu
dia terus melangkah
ke kerusi di
hadapan meja lelaki
itu. Punggung dilabuhkan.
Kaki disilangkan. Nampak
kulitnya yang putih
melepak.
Johan tersenyum.
Bibirnya terkumat-kamit membaca
bismillah. Satu suapan
demi suapan ke
bibir. Hingga licin
bekas itu. Sedap.
FIZA menepuk
kedua belah tangannya.
Bibirnya bernyanyi kecil
lagu Christina Perri, a
thousand year. Kemudian
rambut yang panjang
terurai ditariknya dibawa
ke depan. Bukan
rezeki dia kut
untuk merasa kuih
Cik Mek Molek
yang dijual berdekatan
jalan utama taman
perumahan itu.
Kuih
itu sebenarnya senang
aje nak buat.
Hanya memerlukan keledek
yang direbus dan
dilenyekkan, tepung dan
intinya hanyalah sedikit
gula. Tapi bila
difikirkan kemalasan yang
sedang melanda dirinya,
baik dia pergi
beli aje.
Jarinya menyentuh
sesuatu yang terjuntai
di dada. Loket
yang berbentuk huruf
‘H’ itu dibeleknya.
Loket yang dihadiahkan
oleh ayah untuknya.
Bibirnya tersenyum indah.
Tangannya sibuk dihayunkan
ke kanan dan
kiri sambil jarinya
menggenggam loket emas
yang bersaiz kecil
itu.
Malang tidak
berbau. Itu yang
mampu diungkapkan dengan
keadaan yang sedang
terjadi sekarang ini.
Tubuhnya hampir tersembam
ke atas jalan
tar. Pautan jari dengan
loketnya pantas dilepaskan
untuk mengimbangi diri
dari jatuh mencium
muka bumi. Budak
lelaki itu sebentar
ingin menghayunkan beg
ke belakang badan.
Namun, beg itu
terkena pada bahu
Fiza. Pandangannya tajam
ke arah budak
lelaki yang berbasikal
di hadapannya. Sempat
budak lelaki berkata
‘im sorry’
kepadanya.
Fiza
menegakkan badannya. Dia
cuba menenangkan dirinya
agar tidak memarahi
budak lelaki itu.
Mungkin budak itu
tak sengaja. Laluannya
di situ bukan
di laluan sepatutnya.
Dia hampir berjalan
separuh keluasan jalan
tar itu.
Baru
dia teringat, pantas
sahaja tangan kanan
meraba-raba dada dan
leher. Kosong. Jarinya
langsung tidak terasa
sebarang bentuk yang
sepatutnya terjuntai di
lehernya.
“Aduh, rantai
aku…” Suaranya kendur.
Selepas beberapa
minit kemudian, matanya
tertangkap sesuatu benda
yang berkilau yang
hampir dengan rumput
di bahagian tepi
jalan. Bibirnya tersenyum
apabila rantai jenis
padu itu dijumpai.
Tetapi…
“Ya
Allah, mana loketnya?”
Terbuntang matanya apabila
melihat rantainya sudah
putus dan loket
yang sepatutnya ada
telah tiada.
Fiza
lantas meninjau ke
kawasan rumput hijau.
Manalah tahu kut-kut
ada terpelanting di
situ. Tangannya menguis
rumput.
“Mana ni.
Macam mana nak
cari kalau loket saiz tu
kecil,” Hidungnya mula
kembang kuncup. Rasa
nak menangis pun
ada.
Dua
puluh minit kemudian…
Tubuhnya sudah
lenguh sedari sejak
tadi asyik terbongkok-bongkok mencari
loket yang hilang.
Peluh pula sudah
membasahi tubuhnya. Dia
lemas, dia rimas.
Keadaan itu membuatkan
dirinya berputus asa.
Loket yang dijaganya
sejak dahulu kini
sudah tiada pada
dirinya. Hanya rantai
yang tinggal.
“Bukan rezeki
aku… Hmm… tapi
aku nak loket
aku balik,”
“Mana loket
aku. Urgh!” Kedengaran
keras suara yang
dilotarkannya. Terasa bahang
mula mengusai dirinya.
Fiza tidak dapat
menahan dirinya dari
amarah. Marah pada
diri sendiri sebab
tidak pandai menjaga
harta yang bernilai
pada dirinya itu.
‘Pin! Pin!’
Kereta yang tiba-tiba
berhenti di belakangnya
telah mengeluarkan bunyi
yang nyaring. Fiza
menegakkan badan. Dia
berdecit perlahan. Siapalah
yang kurang adab
ini, memekak betul.
Dia memalingkan wajah.
Kemudian, Fiza mencebikkan
bibir apabila wajah
pemandu itu sangat
dikenali.
“Hah, kau
kenapa tercegat tengah
jalan? Bahaya tahu
tak, ” Soal Johan
seraya membuka ‘Ray
Ban Wayfarer’nya. Penat
pulang dari pejabat
tak hilang lagi,
tiba-tiba boleh pula
terserempak dengan budak
ketot tak cukup
umur.
“Jangan sibuklah.
Saya ni tengah
bengang. Awak kalau
nak balik rumah,
balik ajelah terus.
Jangan sibuk nak
jadi langau, urgh!”
Omel Fiza dan melepaskan geramnya.
Dia kemudian meneruskan
pencariannya. Haih, mana
loket ni ‘terbang’.
“Cari apa
tu, cik kak?
Apa yang hilang?
Bulu mata tercabut
ye kak?” Johan
ketawa kuat seperti
mengejek Fiza.
Fiza
menjeling. Mulut langsung
tak ada jangka
hayat. Nanti kalau
aku bom mulut
kau baru tau. Gumam
Fiza.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan