FIZA memandang
keadaan kereta Myvinya.
Hilang semua perasaan
ceria yang bermukim
di hati sebentar
tadi. Terbang ala-ala
burung di udara.
Rasa macam nak
jerit aje biar
satu taman dengar.
Geram melihat tayar
keretanya pancit. Bukan satu
yang pancit. Tapi
empat. Empat! Walaweh,
siapa punya kerja ni.
Macam sabotaj aje ni. Fiza
mencangkung ke arah
keretanya. Rambutnya diserabutkan.
Sah, dia rasa
macam nak gila.
Takkan program nak
balik kampung pun
tergendala? Aish, tak boleh
jadi ni…
“Hai
cik adik, sakit
perut ke?” Suara itu dilontarkan dari
arah pagar hadapan.
Fiza sudah mengagak
siapa yang menegurnya.
Tak lain tak
bukan si jiran
penyibuk. Matanya mencerlung
memandang wajah yang
baru pulang dari joging.
“Pagi-pagi dah
tengok muka awak
yang sememeh tu.
Bosanlah. Awak pergi
masuk rumah boleh
tak. Jangan nak
sibuk dekat sini,”
Fiza melepaskan keluhan. Macam mana
nak balik kampung
ni. Macam mana
nak balik kampung.
Keluh Fiza perlahan.
Johan tersenyum
panjang.
“Rumah mana?
Rumah kau ke rumah
aku?” Kaki Johan
berkira-kira untuk melangkah
masuk ke halaman
rumah Fiza.
Fiza
mengangkat muka. Ish
mamat ni, tak
reti nak pergi
jauh-jauh ke. Sibuk
buat liga lawak
superstar pulak dia ini. Ish.
“Rumah awak
la! Takkan rumah
saya!” Pekik Fiza.
Fuh. Nasib baik Kak Jiha
tak ada. Kalau
tidak siaplah mamat
ni. Biar Kak
Jiha yang mengantikannya untuk sesi membebel.
“Eleh...” Johan
berpaling melangkah masuk
ke dalam rumahnya. Jerit-jerit boleh
pekak telinga aku
ni.
“Aku
gurau sikit pun
nak meletus, urgh! ”
Bebel suara itu
perlahan.
“Ish, tak ada
kerja betul. Kalau
satu hari tak
mengacau aku tak
boleh ke? Menyakitkan
hati betul,” Gerutu
Fiza pula. Nak
ganti tayar, tayar
ganti cuma ada
satu. Mana cukup!
Aduhaiii..
DIA memusingkan keychain
kunci keretanya. Pandangannya
dihalakan ke sebelah.
Mata hitamnya menangkap
sesusuk tubuh yang
terduduk di tepi
kereta. Eh minah
ni, frust menonggeng ke? Dia
lalu melangkah ke
pagar yang memisahkan
sempadan rumah mereka.
“ Cik Fiza
oi, kenapa dengan
kau ni? Macam
orang frust aje,” Johan
tersenyum lebar. Ingin
sahaja dia ketawa melihat
memek muka gadis
itu.
“Diamlah. Bising tahu
tak,” kendur suara Fiza.
Dia sejak tadi
berada di situ
sehinggalah Johan muncul
semula di hadapan
rumah.
“
Kau ni kenapa? Ada
masalah? Nak aku tolong
tak? Aku tengah
free ni,”
Ujar Johan prihatin.
Mendengar nada
dari jirannya itu,
dia menoleh memandang
wajah Johan. Apa ke hal
dia ni tiba-tiba baik. Dia menjongketkan
keningnya. Nak cakap
ke tak? Nanti
kalau cakap dia ketawakan aku
pula. Hmm... agak-agak
mamat sengit ni nak
tolong aku tak?
“Hmm... Boleh tak tolong
hantarkan saya ke
stesen bas?” Fiza
memberanikan diri untuk
meminta pertolongan. Kali
pertama dan kali
terakhir dia meminta
tolong dari lelaki
yang berama Johan.
Noktah!
Johan menyembunyikan senyumannya.
Lama dia mendiamkan
diri. Pura-pura seperti
sedang berfikir. Termasuk
tolak, campur, darab,
bahagi…
Fiza
berdiri perlahan-lahan dan
membersihkan debu yang
terlekat seluarnya. Dia
memandang jejaka itu.
Lama. Gaya macam
tak nak tolong
aku aje. Huh!
Baik tak payah
cakap tadi.
“Tak
apalah kalau awak...”
Jeda Fiza.
“
Okay, aku tolong kau!”
Pintas Johan.
“EH kita nak ke mana
ni? Ini bukan
jalan nak ke
stesen bas,” Fiza
memandang lelaki disebelahnya.
Hairan.
Johan hanya
diam sambil bernyanyi
kecil mengikut rentak
alunan muzik yang didendangkan di corong
radio. Jari jemarinya
pula mengetuk perlahan
stereng kereta.
“Johan Aeril Bin
Mokhtar!” Fiza menyebut
pantas nama penuh lelaki itu.
“Eh
mana kau tahu
nama penuh aku
ni? Siap tahu
nama bapa aku
lagi,” Ayat di
hujung itu kedengaran
seperti memerli. Dari
mana dia tahu
ni. Nama ayah
aku, itu tak
payah nak hairanlah sebab dia kan
bestie forever dengan kak Jiha. Kalau
nama penuh aku,
hah… yang tu
aku hairan. Sedangkan
nak dengar dia
panggil nama aku
pun susah, inikan
pula dia nak
tahu nama penuh aku.
Pelik ni… ke
dia memang admire kat
aku. Hah! Kau tak
payah poyo sangatlah
Johan. Tak masuk
akal. Budak ketot admire aku. No class…
Johan berdecit perlahan.
“Awak jangan
nak tukar topik.
Awak nak bawa
saya pergi mana
ni? Saya cuma
minta tolong hantarkan
saya ke stesen
bas je. Yang
awak ke laut
sampai ke sini
kenapa?” Ujar Fiza.
Panjang.
“Laut? Masa
bila pula kita nak ke
laut?” Sinis Johan.
Melihat jejaka itu masih
meneruskan nyanyiannya lantas
tangannya hinggap di
radio kecil itu.
Senyap. Radio ditutup.
Keadaan dalam kereta
itu sunyi seketika.
Tindakan Fiza
itu membuatkan Johan
berpaling memandangnya.
“Berani usik
barang aku eh,” Jeling
Johan.
Fiza mencebikkan bibirnya.
“Johan! Saya
tanya ni, jawab
dulu pertanyaan saya,”
Mata hitam Fiza menikam
mata hitam jejaka
itu. Rasanya macam
nak cekik aje
si Johan ni.
“Hantar kaulah.
Kau kan nak
balik kampung sangat.
Ish, jangan nak
banyak bunyi boleh
tak, ” Johan kembali
fokus ke atas pemanduannya.
Fiza
tercengang. Dia ni... Mata
dikecilkan sedikit.
“Takkan awak
nak hantar saya
sampai kampung saya?
Jauh tu, ” Fiza
menduga. Manalah tahu
ada wayar putus
dekat kepala geliga
dia tu. Sampai
lupa jalan ke
stesen bas. Sekali
aku tempeleng kepala
dia terus waras.
“Iyalah. Ish
budak ni bebel aje
kerjanya. Cuba duduk
diam-diam. Aku nak
memandu pun tak boleh
nak fokus, ” Marah
Johan. Awal-awal lagi
dia tahu alamat
kampung Fiza apabila
terlihat alamat itu
ada di dalam
buku nota kakaknya.
Secara tak sengaja OK.
“Apa?” Jerit
Fiza. Lantang. Ingin
sahaja dia mengetuk
tempurung kepala lelaki
disebelahnya itu. Argh,
kenapalah dia asyik nak
menyusahkan aku. Nanti kalau
mak ayah aku
tanya siapa dia
macam mana. Aku
nak jawab apa? Mulutnya terkumat
kamit ingin melancarkan
perang. Johan!!!
BERBUIH
mulut dia berbicara.
Lelaki itu langsung
tidak mahu mengalah.
Masih sahaja tetap
dengan keputusannya mahu
menghantar Fiza pulang.
Dia ni tak
faham bahasa ke? Orang
kata tak nak tetapi masih
degil. Dia ingat
dia tu suami
aku ke sampai
nak kawal aku
macam ini. Suami?
Argh, Fiza kenapa
kau perlu cakap
macam itu. Doa
tu... minta dijauhkanlah...
“Saya kata
berhenti, berhenti sekarang!”
Pekik Fiza selepas
dia membuka seat belt.
Wajah Johan
tiada riak yang ditunjukkan ke
arah Fiza. Sesaat
dua kemudian dia berpaling
fokus ke hadapan
semua.
Ergh! Dia
ni buat muka
hangit pulak. Bengkek
betul aku ni.
Desis Fiza.
Johan menguatkan lagi
bunyi radio yang
mendendangkan lagu kegemarannya.
Kepala Johan terangguk-angguk sedikit
mengikut rentak lagu
yang dimainkan.
Fiza
memandang tidak puas
hati. Dia merendahkan volume
radio. Bingit!
Johan tidak
mahu mengalah. Dia pula
menguatkan bunyi radio
kembali.
Fiza
ingin menyentuh radio
itu kembali tetapi
pantas ditegah Johan.
“Hah! Berani
sentuh! Nanti ada orang yang
makan nasi pakai
straw,” Tegas Johan.
Serius wajahnya. Ish
budak ni tak
reti duduk diam.
Ini kira bagus
aku nak hantar
dia. Tak berterima
kasih betul. Guman Johan.
Fiza
berpeluk tubuh. Geram.
Memang menguji kesabaran
betul. Takpe, ada
ubi ada batas…
FIZA
memisat-misatkan mata apabila
tersedar dari tidur.
Matanya pegun memandang kawasan
yang memang sebati
dalam kehidupannya sejak
kecil. Kiri kanan
dipenuhi dengan kawasan
yang menghijau. Yes!
Akhirnya
sampai juga. Kemudian
matanya mencuri jeling
pemandu disebelahnya.
“Sedap tidur?” Sindir Johan.
Aku penat-penat bawa
kereta dia pula
sedap buat tahi
mata.
Fiza
mencebikkan bibirnya. Eleh siapa
suruh hantar aku
sampai sini. Eh
macam mana dia
boleh tahu alamat
kampung aku ni ?
Hairan.
“Jalan rumah
kau yang mana
satu?” Soal Johan. Matanya
tetap memandang ke hadapan.
“Awak berhentikan
saya dekat sini
ajelah. Nanti pandai-pandailah saya jalan
kaki balik sendiri,”
Suara Fiza pantas.
Baik dia buat
keputusan. Takut pula
aku ayah dan
mak tanya bukan-bukan.
Kalau ditanya ‘ini
ke calon suaminya’
naya-naya. Mak dan
ayahnya bukan boleh
percaya. Nanti ada pula soalan
nakal ditujukan dekat
Johan ni. Lagi naya! Fiza
menggeleng perlahan.
Johan tercengang.
“Kenapa pula?
Tak ada, tak
ada aku kena
hantar kau sampai
rumah. Cepat, rumah
kau mana satu? Cepat
cakap, nanti sesat,”
Soal Johan lagi.
Ish budak ni
dah alang-alang tu biar ajelah
aku hantar sampai
rumah. Lagipun takkan
nak berhentikan dia
dekat kawasan kebun
ni.
Fiza
diam. Lama. Dia
masih berkira-kira untuk
memberitahu. Johan ni
kalau dah kata
A, A ajelah
jawapannya. Tak ada
talian hayat langsung
untuk ke B.
Lagilah kalau nak
melompat ke Z.
Memang tidak akan
ada peluang. Macam
manalah aku boleh
ada jiran sengit
macam ni. Ish
dugaan betul.
“ Takkan alamat
rumah sendiri tak
ingat. Kalau macam
ni kita patah baliklah,” putus
Johan. Dia menyorokkan
senyuman jahatnya.
Dalam diam
Fiza mengeluh.
“Dekat....”
Besambung...